Sunday 31 July 2011

Gambaran hari kiamat

Rupa Kiamat - Bacalah, jika kamu seorang manusia.

*Pesanan : Belajarlah menghabiskan pembacaan sehingga titik akhir. Itu ciri manusia berguna.

Gambaran Hari Kiamat
...
✐ Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:

ⅰ- Pemimpin yang adil.

ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.

ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.

ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.

ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).

ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.

✐ ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :

ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.

ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.

ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.

(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.

☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :

① Sedekah/amal jariahnya.

② Doa anak²nya yang soleh.

③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

sumber daripada : Amar Sufi

Friday 29 July 2011

Bila dah bosan tahap everest.


Hello. Nama saya ORENJE (o-ren-g) binti erkkkkk...x tahu la. saya dilahirkan dalam sebuah kotak bersama adik beradik saya yang lain. saya ada 6 adik beradik dan saya lah yang paling comel. hikhik. saya comel sebab saya seekor je yang berbulu oren. yang lain suma hitam legam tapi orang kata hitam itu menawan. betul ke???

Tuan saya kata saya dinamakan sempena pemain bola sepak holland. tapi saya seekor betina. kenapa saya diberi nama macho begitu? sob sob... walau apapun saya sangat sayang kat tuan saya sebab dia selalu beri saya makan bila saya mengiau. tidak macam anak perempuannya. semua hanya taw gomol perut saya. bila time bagi makan, suma malas. urghhh...sebab itu saya suka cakar mereka hingga mereka tidak mahu memegang saya dah. hehe..taktik yang bagus kan?

Mak saya sangat cantik. ekornya berbulu tebal dan sentiasa mengembang. ala ala kucing persian gitu tapi sebenarnya celup. hehe.. tapi mak saya telah melarikan diri dan masih belum ditemui sampai sekarang. saya rasa mak saya sudah kahwin lari sama kucing belang2 yang mengoratnya. Kucing itu mukanya macam samseng jalanan. di lehernya macam telah disiat dan nampak daging2 terkeluar. ouh...aku tidak sanggup mendapat ayah tiri sebegitu.

adik beradik saya semua telah pulang ke rahmatullah setelah menghidap penyakit2 yang pelik. Antaranya:
1.HIV
2.kena langgar
3. paru-paru berair
4.luka kat kaki yang sungguh besar (vet tu kata cancer)

akhirnya, saya je la yang tinggal seekor dan menikmati segala kemudahan di rumah ni. x caya? cuba tengok muka saya yang ceria ni..


hobi saya ialah makan, tidur, guling2 dan cakar karpet kat rumah ni. habis saya kena marah dah tapi saya tetap buat. hehe.

macam harimau malaya tak?


papepun, saya rasa bersyukur sebab saya dibela. saya pernah cuba melarikan diri, tetapi akhirnya saya pulang juga ke rumah. di luar sana sungguh susah untuk mencari makanan dan sangat kotor. badan saya gatal2 dan dijangkiti kurap! jadi saya nekad untuk pulang semula ke rumah. Ouh rumahku syurgaku..yay! saya diterima balik. saya lah kucing paling comel di rumah ini. jangan jealous ye kucing yang lain. hikhik

Wednesday 27 July 2011

selamat datang ke dunia realiti

i know i know..i look like a clown -___-


salam. wah, hari ni sangatlah memenatkan. semalam ada makan2 sikit kat rumah. Masha Allah, such a small gathering can lead to a huge mess! haha. Tak pe lah. Asalkan orang kenyang dan senang hati sudah cukup menggumbirakan saya. :)  back to story, buat medical check up dekat Poliklinik Kesihatan Kelana Jaya pagi ni. oookaayyyyyyyyyy...ada kat situ dari 7.30 hingga dah nak dekat pukul 12. EMPAT SETENGAH jam babe! yeah...nampak katil je kat klinik tu, terus menguap. haha

rasa berat gila kaki nak pergi klinik tu. memikirkan betapa ramainya orang yang sangat memerlukan khidmat doktor, rasa macam x layak je berada di situ hanya sekadar membuat MEDICAL CHECK UP. yeah..how i wish i could ease their burden. dalam hati meronta ronta, WAKE UP AINA! this is where u are going to work. like it or not, this is the REALITY. urghhh...let me continue dreaming please. malas nak terima kenyataan setakat ni.

setelah memujuk hati ni untuk pergi juga, maka sampaiilah ke klinik kesayangan tu.

1. ambil number...n wait........

2. number dipanggil. time ni sangatlah blur. orang tu suruh bayar but i just stare at him. hahaha... time ni tengah bengong kerana memikirkan masa tido yang harus dibalas balik..-___-

3. orang tu suruh pergi bilik this n that. so pergi la. letak borang di kaunter luar bilik and sambung menunggu............

4.masuk bilik. the staff was really nice. like 100 kali. worth waiting...so mula lah check mata.

5. then pergi makmal check urine...i hate this part. toilet yang special utk kegunaan pesakit untuk ambik specimen ramai. so pergi la toilet biasa yang kat belakang. ok la. bersih. but the thing is, i have to carry my urine in a cup di tengah2 orang ramai.. i can feel at that time my face turning red. sebenarnya x la jauh sangat. cuma tu la. bila kita pegang benda tu, rasa macam lama gila...

6. then pergi check height, weight, BP, x ray...

7. ni paling lama. tunggu jumpa doctor.but don't get me wrong. i don't blame neither the staffs nor the doctors. there were only THREE doctors on duty to treat i think around 300 plus patients. sampai orang on duty kena buat announcement lagi, minta orang bersabar sebab doctor hanya ada 3 orang. pada mulanya merungut juga (saya cuma insan biasa :( ) then babah nasihat. 'satu hari aina pun akan kerja macam ni. aina nak ke orang merungut, marah2 kat aina?

time tu, mula lah berfikir. rasa macam nak jadi doktor sekarang juga. Nak tolong, atok, popo, thambi, mei mei, ye ye, cucu, baby comey...suma la. tapi apa kan daya. saya belum lagi masuk first year. T_T

it was an eye opener for me.. hisy... takut pun ada sebenarnya. but let's face it, kalau semua orang takut, then siapa nak jadi doctor kan? ( sedapkan hati)...n kalau orang lain boleh buat, kenapa saya x boleh buat kan? (sedapkan hati no. 2)...papepun, saya dah relakan hati sebenarnya, to be commited with what i'm going to do. but just belum accept the reality. maybe a little bit. baby steps will ya? hehe...anyways, hope u enjoy reading this entry..

how i wish i could relax like this monsters...haha
yang buruk datang dari saya, yang baik datang dari Allah. :)

Monday 25 July 2011

books to sell (Accounting)

ACCOUNTING

Advanced Management Accounting, Third Edition, Prentice Hall (Pearson)
RM10



Investments Analysis and Management
 (not sure who's the publisher :) will get back to u )
RM10





Modern Portfolio Theory and Investment Analysis
Fifth Edition
Wiley
RM10



Foundation of Corporate Finance
2nd Edition
Hickman, Hunter, Byrd
RM10



Strategic Management Concepts and Cases
Ninth Edition
Prentice Hall
RM10


Malaysian Taxation 
8th edition
 Choong Kwai Fatt (famous writer)
(buku ni cover dah koyak, but just letak coz the inside is still good in shape and quite needed for accounting student)
RM10




Managerial Accounting
5th edition
Mc Graw Hill






Malaysian Approved Standards and Auditing
MIA



Advanced Malaysian Taxation
Choong Kwai Fatt (again)



the photostated books= RM10
the original book= half price of the original book. prices are negotiable. contact me at my facebook
there's more to come. (belum sempat punggah habis almari tu)

segala yang buruk datang dari saya, segala yang baik datang  dari Allah. Salam :)

Mesin pun kena rehat juga!

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga buat blog sendiri. Memang best ada blog sendiri ni. Boleh post apa2 yang kita rasa nak luahkan. Tapi mesti ada limit kan?? Kalau x, mesti ramai yg dis'like'. papepun, i'll try my best to cheer u guys yeah.


The reason i created this blog is to educate people about what i'm going to learn. i will be pursuing my studies in medicine at UiTM. Yeah, UiTM in my liver (di hatiku)...haha..Insya Allah, with what i learn, i'll try my best to share with you what i gain.

ooh ooh! Bulan puasa nak dekat dah ni. hee...x sabar. Bulan yang penuh dgn barakah. talk about fasting month, i remembered masa kecik2 dulu sangatlah malas untuk berpuasa. -____- i even wondered, why do we have to fast? sedangkan non-muslim yang lain syok je makan kat kantin sekolah.so satu hari, masa tgh belajar kat sekolah agama, terjumpa la carta colour2 RUKUN ISLAM. at first, i was attracted by the colours (yeah...i was only 7 at that time okay...what do u expect) .bila baca, i got my answer already. 



  1. Mengucap dua kalimah syahadat dan meyakini bahwa tidak ada yang berhak ditaati dan disembah dengan benar kecuali Allah saja dan meyakini bahwa Muhammad adalah hamba dan rasul Allah.
  2. Mendirikan solat wajib lima kali sehari.
  3. Berpuasa pada bulan Ramadan.
  4. Membayar zakat.
  5. Menunaikan ibadah haji bagi mereka yang mampu.


Ha. tu kan. puasa terletak kat number 3 tu. but of course, masa kecik2 baca, paham mcm tu je la. but then, one day, maybe Allah heard my question and wanted me to know about fasting. One of my classmate asked ustaz.

budak kecik: ustad, apa itu  puasa?

ustaz: puasa ni sebenarnya ialah menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari. puasa bukan sekadar puasa perut je, kena puasa daripada mengata, mengumpat, hawa nafsu dan yang penting kena bersabar. 

budak kecik: nape kita kena puasa?

ustaz: sebab perut ni umpama machine. pernah tengok machine x? macam kipas ni, kalau setiap masa bekerja, rosak la kan? macam perut juga, kalau 365 hari asik kena digest je, rosak tak?

interesting kan cara my ustaz bagitahu. ingat lagi dia tunjuk kat kipas. siap dgn action tangan sekali. until now i remember, apa dia cakap. interesting explanation to dumb kids like me. (yeah...i was dumb masa kat sekolah agama dulu sebab hari2 nanges x de kawan)..

so peeps, tingkatkan ibadah kita pada bulan ramadhan ni. sahur, sedekah, tarawikh, baca Al-quran, khatam Al-quran, cari rezeki yang halal, kawal makan minum. u name it. sumanya mendapat pahala. insya Allah.

apa yang buruk datang dari saya, apa yang baik datang dari Allah.

p.s. buka janganlah balon suma yang ada kat bazar tu. nanti lain lak jadinya :)