Wednesday 10 August 2011

Surah-surah dalam Al-Quran

Assalamualaikum. hari ni dah hari ke 11 puasa. time flies so fast! tahu2 nanti ramadhan dah habis :( hope that everyone is using their time wisely from now onwards. no delay deli ye... insya Allah...amin~~~

nak cerita, baru2 ni, saya telah join ada satu majlis dekat masjid near my house. it was a half day activity. i slept for 'few' hours after it was done. phewww....memang penat la tapi it was worth it. jarang dapat join activity macam ni. tambah lagi bulan puasa, memang ramai la orang nak rebut 'emas di akhirat' in this month.

'emas' yang bakal direbut pada hari itu

dimanakah lelaki2 yang sepatutnya memeriahkan masjid???? hurm..............




AND masa tazkirah, ce teka siapa yang datang?






tanyalah ustaz.....hehe...(eh dia pandang kamera kami la :))



masa tazkirah tu, i manage to grab some crucial points. wanna share with my readers. this is about surah-surah dan kelebihannya

1. surah Al-Ikhlas
-surah ini adalah seperti SUKU daripada Al-quran. bagaimana surah yasin adalah jantung Al-Quran, surah ini mempunyai kelebihannya tersendiri.  jika dibaca 3 kali, pahalanya adalah seperti TELAH KHATAM sebuah Al-Quran.


bila google balik, terjumpa pasal kisah Rasulullah dahulu.

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya 
Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur’an dalam jangkamasa dua-tiga minit?
Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. 
Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur’an dalam begitu cepat.
 Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. 
Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. 
Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali.
Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul. 
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran…
 Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran


-surah Al-ikhlas juga boleh diamalkan setiap kali masuk ke rumah. selepas memberi salam, baca surah ini 3 kali untuk melindungi kelurga di dalam rumah itu daripda papa kerdana.



2. Surah Al-Kahfi (ayat 1-10)
-lindungi diri daripada sihir
-Nabi saw bersabda; 'Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal.' (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
-surah Al-kahfi juga boleh dibaca untuk menenangkan jiwa. 
surah Al-Kahfi ayat 1-10



3. Surah Al-Mulk
-peneman ketika di dalam kubur kelak.
-rasa ramai orang dah tahu pasal surah ni. amalkan setiap hari sebelum tidur bersama surah Assajadah




4. Ayat Kursi
-pelindung daripada sihir
-selain itu, surah Al-Hasyr (ayat 21-24) juga boleh diamalkan untuk elak sihir


surah Al-hasyr ayat 21-24



4. Surah Al-Wakiah
-pembuka pintu rezeki




5. Surah Luqman (ayat 16-17)
-pelembut hati
-disarankan dibaca oleh ibu2 yang sedang memasak, sambil tu baca ayat ini. 


(Luqman menasihati anaknya dengan berkata): "Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya jika ada sesuatu perkara (yang baik atau yang buruk) sekalipun seberat bijih sawi, serta ia tersembunyi di dalam batu besar atau di langit atau pun di bumi, sudah tetap akan dibawa oleh Allah (untuk dihakimi dan dibalasNya); kerana sesungguhnya Allah Maha Halus pengetahuanNya; lagi Amat Meliputi akan segala yang tersembunyi

"Wahai anak kesayanganku, dirikanlah sembahyang, dan suruhlah berbuat kebaikan, serta laranglah daripada melakukan perbuatan yang mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. 



6. Surah Toha (ayat 1-5)
-pelembut hati juga
- surah ni pun ada jalan cerita yang menarik sebenarnya, Bagaimana Saydina Umar bin Al-khattab memeluk islam.



“Aku hendak beritahu satu berita yang mengejutkan. Adikmu, Fatimah dan suaminya, Said bin Zaid, sudah memeluk Islam," kata lelaki itu.


Umar abin al-Khattab terkejut besar mendengar berita itu. Dia menjadi malu, sedih dan marah. Tanpa bersuara sepatah pun, dia meluru ke rumah Fatimah. Ketika itu, Fatimah dan suaminya sedang belajar mengaji al-Quran bersama seorang lagi sahabat mereka, Khabbab al-Arati. Dia mengetuk pintu dengan keras sehingga menimbulkan kebimbangan kepada seisi rumah.


“Aku Umar. Buka pintu!!” kata Umar dengan keras.


Khabbab ialah orang pertama yang lari menyembunyikan diri. Fatimah dan Said menjadi pucat. Mereka amat memahami sikap Umar yang amat memusuhi Islam ketika itu. Dia sanggup melakukan apa sahaja untuk menghukum orang yang mengkhianati agama nenek moyang mereka. Walau bagaimanapun, Fatimah memberanikan diri membuka pintu. Umar menerpa dengan muka garang.


“Aku mendengar kamu membaca sesuatu.”


“Apa yang kamu dengar? Kami tidak membaca apa-apa,” kata Fatimah. Dia sudah menyembunyikan mushaf yang mengandungi tulisan-tulisan ayat al-Quran. Tetapi dia bimbang jika abangnya itu berjaya merampas mushaf itu.


"Aku dengar apa yang kamu baca. Aku tahu kamu sudah menganut agama Muhammad," herdik Umar.


Lantas Umar mencekak leher Said dan mahu memukulnya. Fatimah cuba mempertahankan suaminya. Pukulan Umar tidak mengena Said, sebaliknya tersasar ke arah Fatimah sehingga terkoyak kulit dahinya.


“Ya, kami sudah memeluk Islam. Kami percaya kepada Allah dan Rasul-Nya. Apa yang kamu nak buat, buatlah!!” jerit Fatimah dengan darah yang bercucuran di dahi. Melihat keadaan itu, Umar di serang perasaan kesal. Dia merasa kasihan kepada adiknya. Secara tiba-tiba dia berubah menjadi lembut.


“Berikan kepadaku mushaf yang kamu baca. Aku berjanji tidak melakukan apa-apa. Aku hanya ingin mengetahui apa yang dibawa oleh Muhammad.”


Fatimah teragak-agak tetapi Umar cuba meyakinkan. “Jangan takut, aku bersumpah dengan Tuhan Muhammad. Aku akan kembalikan mushaf itu selepas membacanya."
Fatimah merasa terharu dengan keikhlasan Umar. Dia amat mengenali sikap abangnya sendiri dan jauh di sudut hati, dia tahu Umar akan mengotakan janjinya.


Fatimah menjawab, “Saudaraku Umar, kau masih najis kerana syirikmu. Al-Quran itu tidak boleh disentuh melainkan oleh orang yang suci.”


Fatimah menyuruh Umar mandi. Selepas itu, barulah mushaf itu diserahkan kepadanya. Umar menerimanya dengan penuh minat, lantas membaca ayat dari Surah Taha. Selepas menghabiskan bacaannya, spontan terkeluar dari bibir Umar, “Alangkah indahnya ayat ini!”


Khabbab yang masih menyembunyikan diri dalam kediaman Fatimah keluar ketika mendengar pengakuan Umar.


“Umar, demi Allah, aku pernah mendengar Muhammad berdoa, ‘Ya Allah, bantulah Islam dengan Abul Hakam Hisyam atau Umar al-Khattab.’ Cepatlah Umar, segera dapatkan Muhammad!”


Umar mendesak Khabbab membawanya bertemu Muhammad. Fatimah mendengar dengan hati penuh syukur. Dia tidak menyangka abangnya yang keras hati itu akan terbuka menerima Islam. Umar menuju ke sebuah rumah berdekatan Bukit Saffa, tempat Nabi Muhammad mengajar agama kepada rakan-rakannya.


Seorang sahabat didalam rumah itu mengintai di lubang pintu ketika mendengar ketukan. Dia sangat terperanjat apabila melihat Umar berdiri di depan pintu dengan sebilah pedang. Sahabat itu segera memberitahu Muhammad, tetapi bapa saudara Nabi, Hamzah Abdul Mutalib menjawab, “Wahai Muhammad, biarkan Umar masuk. Kalau dia mahukan yang baik, kita berikan yang baik. Kalau niatnya jahat, kami akan membunuhnya dengan pedangnya sendiri.”


Nabi Muhammad kelihatan sangat tenang. Dalam hatinya, terdetik doa yang pernah dipohonnya dulu. Kini Umar datang sendiri tanpa perlu sesiapapun memujuknya. Dia menyuruh orang membuka pintu dan Umar dipelawa masuk.


Sebaik saja Umar masuk, Nabi Muhammad bangun menyambutnya lantas menuju ke sebuah bilik. Nabi melepaskan kain serbannya ke tubuh Umar dan merentapnya dengan kuat.


“Apakah yang menyebakan kamu ke sini? Demi Allah, aku takut kamu tidak insaf sehinggalah Allah menurunkan bencana ke atasmu!”


“Wahai Muhammad, aku datang untuk beriman kepada Allah dan Rasul-Nya,” Umar membalas.


Muhammad terus bertakbir sebaik sahaja mendengar pengakuan itu. Doanya sebelum ini akhirnya termakbul. Seluruh masyarakat Islam yang masih kecil bilangannya ketika itu, bersyukur dan sangat mengalu-alukan kedatangan Umar ke dalam Islam. Pengislaman Umar bermakna Islam yang baru mendapat tempat, akan bertambah kukuh dan gagah.


Seluruh masyarakat Islam menyanjungi Fatimah sebagai orang yang bertanggungjawab membawa nur Islam ke dalam diri Umar. Dia terus diingati sebagai srikandi yang cekal, pendakwah yang berani, yang berjaya menundukkan kedegilan, keegoan dan hati batu Umar al-Khattab

sumber cerita dari blog ini. kalau nak tahu lebih banyak cerita, tgk la blog tu.


wallahualam. kalau  ada salah, sila betulkan saya ye. segala yang buruk datang dari saya, segala yang baik datang sari Allah. selamat berpuasa!





No comments:

Post a Comment