Thursday 6 September 2012

:'(

Semalam, ku renung meja study di dalam bilikku. Teringat ketika dahulu, babahku telah membelinya untuk aku. Agar aku rajin belajar daan membanggakannya. Aku masih ingat, pada waktu itu dia baru pulang daripada kerja. Dalam keadaan letih, dia telah tunjukkanku meja yang telah dia beli. Aku gembira sangat. Akhirnya aku tidak perlu dengar bebelan mak aku kerana menyepahkan buku-buku di atas meja makan. Meja itu tidaklah mahal seperti meja-meja di ikea, tetapi cukup besar untuk aku meletakkan buku-bukuku. Dalam keadaan letih, dia telah memasangkan meja itu agar aku dapat melihatnya. Aku sayang babahku.

"Dah ada meja ni, belajar rajin-rajin. Jangan tidur je." kata ayahku.

Mengalir air mata, mengenangkan pengorbanan ayahku. Terlalu banyak yang dia telah lakukan hingga aku sampai di tahap ini. Dia tidak pernah memukulku. Malah dia mempunyai cara tersendiri untuk anaknya iaitu dengan kasih sayang. Dia tidak pernah letih dalam mengajarku. Dialah orang pertama yang mendengar aku membaca buku merangkak-rangkak sampai aku lancar. Dialah satu-satunya insan yang bersamaku setiap malam untuk menghafal surah-surah dalam Al-Quran ketika aku masuk pertandingan hafazan. Dialah yang setiap kali bila aku keluar rumah, akan sentiasa menasihati aku agar jangan pandang orang yang merokok. Takut nanti orang tu 'guna-guna' -___- ( it doesn't makes sense to me at that time but lama-lama rasa sweet sangat ayahku cakap macam tu)

Babah i really pray that you are free of cancer. I really do. I can't live without u. Tears stroll down my cheeks just knowing that you might have cancer. I want u around with me, until the rest of my life. :'(

"lepas aina dah selesai, babah nak tutup mata. babah tak nak hidup lama-lama" kata ayahku kat kakakku :'(

Update: Tadi babah baru lepas jumpa doctor.Alhamdulillah, he is FREE of cancer. sujud syukur! The mutated gene (JAK2 V61F) they found apparently doesn't effect him. Syukur!