Saturday 25 February 2012

2 minggu yang macam 2 hari

assalamualaikum,

wah, berhabuk dah blog ni. sungguh lama tidak update blog ni. yeah, budak medic memang busy je (alasan!). tergerak nak update pun disebabkan pengasas GeBU (geng blogger) add masuk group dorang...huhu...amat memalukan ye di situ kerana saya bukan blogger yang tegar! haha...hanyalah melukut di tepi gantang sahaja.

just nak cerita, esok adalah hari last duduk di rumah selepas telah honeymoon selama 2 minggu.  2 minggu untuk pelajar medik amatlah bermakna bagi kami ye. time tu la nak renew lesen, time tu la nak p tabung haji, time tu la nak repair kasut yang rosak... time tu la.........and the list goes on........

for me, this 2 weeks have been hectic! mana tak nya, wedding planner kakak ku telah back off last minute. yup, A MONTH before the wedding dia tarik diri.. and the best part is, the wedding planner handles everything! from the dresses till the pelamin. nasib baik dia tak handle food.

sian my sis. bayangkan, sebulan sebelum nak kahwin, baju nikah pun tiada! dah la my sis ni sangat 'teliti' orangnya. 2 minggu ni la asyik teman dia pergi suma kedai kain. sampai bangla kat kl tu pun dah cam agaknya muka kami. haha...siap ingat lagi tagline dia " adik akak manis, mari masuk kedai. macam-macam kain ada. schiffon, french lace, gorget...murah-murah"... murah apa nya,kain schiffon satu meter je dah cecah RM135...4 meter? dah berapa ratus...tu tak termasuk lining dalam tu. mmg makan pasir la lepas kahwin jawabnya


alhamdulillah, lepas dah banyak jalan, archilles tendon masing-masing pun dah tegang, dapat la juga apa yang kami nak. walaupun tak seperti yang dirancang, my sis still can tolerate here and there.

and dalam 2 minggu ni juga dah dapat result first sem ku. yup, still maintaining the result. tak mahu naik ye awak ni?...hehe... saya amat bersyukur sebab pass but at the same time i want to do better. saya dah usaha, tapi mungkin rezeki tidak di sini. atau mungkin istidraj. papepun, saya bersyukur kerana mendapat 2 orang yang sangat memahami saya. mereka tidak marah kerana mereka tahu yang kemarahan tidak akan mengubah apa-apa. mereka tidak gembira kerana mereka mahukan saya buat yang lebih baik. anyways, i will start using my plan B for this next sem. study smart! chaiyok aina!







No comments:

Post a Comment